Assalamualaikum
14 March 2019
Entri ke3 cabaran 21 hari 21 entri
Lewat untuk hari ini. Sibuk sungguh, ada macam-macam urusan hari ni. Otak pun tepu dah ni, tak tau nak tulis apa.. Namun cabaran tetap akan diteruskan
Hari ni nak cerita sedikit kenapa dan mengapa, walaupun aunty dah berusia tapi aunty masih nak berniaga lagi? jual bantal pulak tu.. anak2 semua dah besar2 .. mungkin ramai yang tak tahu yang aunty ada 3 orang anak, 2 (perempuan dah kawin) tinggal yang bongsu (lelaki) masih bujang dan mempunyai 4 orang cucu 😊.. kiranya semua dah lepas
I am a full-time housewife. Tapi aunty suka ada duit sendiri, dengan cara mengambil upah menjahit atau upah memasak (tu dululah) sekarang dah tak larat dah nak buat tu semua. Sebenarnya aunty banyak habiskan masa di luar negara.. Upah menjahit dan memasak di luar negara tak sama dgn di sini. Jadi bila balek ke malaysia, mula rasa rimas sebab tak ada 'pendapatan'. So, dari situlah mula berkira-kira untuk buat bisness sendiri, tapi macam tak yakin. Lalu aunty mencari2 bisness apa yg senang tapi boleh buat duit
Tiba-tiba idea timbul bila anak kedua beritahu yang dia guna bantal hotel, beli dari kawan dia. Aunty memang dah lama mencari-cari bantal hotel untuk kegunaan sendiri. Sebab setiap kali tidur di hotel, mesti akan cakap pada suami, 'bestkan bantal hotel ni, kalau dapat pakai kat rumah sendiri".
Bila dah beli dan guna sendiri, tu baru timbul idea untuk jual bantal hotel DAG ni, asalnya uncle endah tak endah je bila bagitau nak jual bantal tu.. agaknya dia fikir 'ko dah kenapa, nak jual bantal pulak'. Niat terbantut sekejap sbb tak dapat restu suami.. ceh.. haha..
Sudahnya pujuk-pujuk, akhirnya dia cakap 'cukup ke modal, kalau ada, buatlah'
Wah! Kitapun apa lagi, memang tunggu2 sangat dia cakap macam tu
So, pada 24 November 2016 bermulalah era sebagai si penjual bantal hotel..
... to be continue
Zana@aunty Zana
Premium Reseller DAG
*Sleep Like A King*
*Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2016 lah.. masa tu nk bersalin darwin dah sy
ReplyDeleteYa, 2016.. 24 nov order kali pertama, 28 nov order kali kedua 😊
Deletelegend ni.hehe.knp aubty duk luar negara? 😅baru nak tnya hahah
ReplyDeleteEsok kita sambung.. hehe
DeleteKenal kak zana pun kat hong kong sebenarnya...sebab g hong kong melawat kawan...oleh kerana kak zana pun dok sana...kak zana jadi tour guide kami pusing hong kong
ReplyDeleteKenal masa tu je lepas tu lost contact, kenal semula sebab membantal
DeleteHahaha...dah hari2 nampak posting bantal... dlm hati 'jual bantal'???tp lama2...mcm menarik je...kami trus pm akak nak jadi dropship 😂
DeleteTerjebak jugak akhirnya kan...
DeleteWah.. Aunty dlu duk over the sea la..why? Why?
ReplyDelete😉
DeleteHebat aunty. Kuat fizikal dan mental
ReplyDeleteTerikut2 cara korang yg muda2... semua hebat2 belaka
Delete