KENAPA SAYA BERNIAGA

Assalamualaikum
14 March 2019
Entri ke3 cabaran 21 hari 21 entri

Lewat untuk hari ini. Sibuk sungguh, ada macam-macam urusan hari ni. Otak pun tepu dah ni, tak tau nak tulis apa.. Namun cabaran tetap akan diteruskan

Hari ni nak cerita sedikit kenapa dan mengapa, walaupun aunty dah berusia tapi aunty masih nak berniaga lagi?  jual bantal pulak tu.. anak2 semua dah besar2 .. mungkin ramai yang tak tahu yang aunty ada 3 orang anak, 2 (perempuan dah kawin) tinggal yang bongsu (lelaki) masih bujang dan mempunyai 4 orang cucu 😊.. kiranya semua dah lepas

I am a full-time housewife. Tapi aunty suka ada duit sendiri, dengan cara mengambil upah menjahit atau upah memasak (tu dululah) sekarang dah tak larat dah nak buat tu semua. Sebenarnya aunty banyak habiskan masa di luar negara.. Upah menjahit dan memasak di luar negara tak sama dgn di sini. Jadi bila balek ke malaysia, mula rasa rimas sebab tak ada 'pendapatan'. So, dari situlah mula berkira-kira untuk buat bisness sendiri, tapi macam tak yakin. Lalu aunty mencari2 bisness apa yg senang tapi boleh buat duit

Tiba-tiba idea timbul bila anak kedua beritahu yang dia guna bantal hotel, beli dari kawan dia. Aunty memang dah lama mencari-cari bantal hotel untuk kegunaan sendiri. Sebab setiap kali tidur di hotel, mesti akan cakap pada suami, 'bestkan bantal hotel ni, kalau dapat pakai kat rumah sendiri".

Bila dah beli dan guna sendiri, tu baru timbul idea untuk jual bantal hotel DAG ni, asalnya uncle endah tak endah je bila bagitau nak jual bantal tu.. agaknya dia fikir 'ko dah kenapa, nak jual bantal pulak'. Niat terbantut sekejap sbb tak dapat restu suami.. ceh.. haha..
Sudahnya pujuk-pujuk, akhirnya dia cakap 'cukup ke modal, kalau ada, buatlah'
Wah! Kitapun apa lagi, memang tunggu2 sangat dia cakap macam tu

So, pada 24 November 2016 bermulalah era sebagai si penjual bantal hotel..

... to be continue

Zana@aunty Zana
Premium Reseller DAG

*Sleep Like A King*
*Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang*




12 comments

  1. 2016 lah.. masa tu nk bersalin darwin dah sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 2016.. 24 nov order kali pertama, 28 nov order kali kedua 😊

      Delete
  2. legend ni.hehe.knp aubty duk luar negara? 😅baru nak tnya hahah

    ReplyDelete
  3. Kenal kak zana pun kat hong kong sebenarnya...sebab g hong kong melawat kawan...oleh kerana kak zana pun dok sana...kak zana jadi tour guide kami pusing hong kong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenal masa tu je lepas tu lost contact, kenal semula sebab membantal

      Delete
    2. Hahaha...dah hari2 nampak posting bantal... dlm hati 'jual bantal'???tp lama2...mcm menarik je...kami trus pm akak nak jadi dropship 😂

      Delete
  4. Wah.. Aunty dlu duk over the sea la..why? Why?

    ReplyDelete
  5. Hebat aunty. Kuat fizikal dan mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terikut2 cara korang yg muda2... semua hebat2 belaka

      Delete