15 Mac 2019
Entri ke 4 (cabaran 21 hari 21 entri)
Cerita semalam tak bersambung hari ini... kita sambung esok je okay..
--------------------------------------
Innalillahiwainna ilaihiraajiuun
Belum lagi habis kita dikejutkan dengan berita ramai pelajar-pelajar sekolah di Pasir Gudang, Johor menjadi mangsa terhidu gas beracun akibat pembuangan sisa toksid ke dalam sungai Kim Kim oleh pihak yang tidak bertanggung jawab, hari ini di hari Jumaat yang penuh barakah ini, kita dikejutkan pula dengan sebuah berita sedih tentang serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Kejadian berlaku ketika ramai umat Islam di Christchurch keluar untuk menunaikan solat Juma'at di dua buah masjid tersebut. Diberitakan ada rakyat Malaysia juga yang
menjadi mangsa serangan tersebut
New Zealand adalah sebuah negara kedua teraman dan paling selamat didunia untuk diduduki/lawati. Berita sebegini amat mengejutkan dan menyedihkan kita semua.Semoga yang terlibat akan segera di hukum. Sama juga yang membuang sisa toksid di Pasir Gudang akan segera tertangkap dan dihadapkan kemuka pengadilan
Sama-samalah kita berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan kita semua biar dimanapun kita berada
https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-03-15/urgent-witness-many-dead-in-new-zealand-mosque-shooting
#prayforpasirgudang
#prayformusliminnewzealand
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAG

No comments