Entri ke 21 (entri terakhir cabaran 21 hari 21 entri)
Salam sejahtera
Hari ni nak cerita sikit part sekolah anak-anak sewaktu kami tinggal di luar negara.
Hampir separuh usia aunty hidup di luar negara. Orang cuma melihat seronoknya sahaja. Yelah dapat duduk negara orangkan, dari satu negara ke satu negara. Travel pun naik bisness class.. puas merasa semua tu. Dan mesti ramai yang akan kata loaded lah duduk obersi.. haa loadedlah sangat.
Awal2 posting, 1,2 dan 3 elaun kecik je.. tempat pertama duduk 5 tahun, 5 kali balek. Pantang duit terkumpul, pasti akan terfikir untuk balek Malaysia. Sekali balek kampung belanja tambang je ribu riban. Bila elaun besar, kos sara hidup pula tinggi
Tipulah kalau kata tak de saving.. adalah, sikit2.. alhamdulillah.. tapi kitorang ni kaki berjalan dan aunty pula kaki berbelanja. Terutamanya masa tinggal di Belgium. Paham2 jelah.. hehe. Dan bila anak bersekolah di Malaysia aunty lebih kerap balek ke Malaysia tengok anak
Jalan2 di London selepas convo anak bongsu |
Memang seronok tinggal di negara orang, terutama sekali negara 4 musim dan dapat main salji. Tapi bila anak-anak dah mula bersekolah dah cerita lain pula. Vietnam tiada international school masa tu. Jadi mana2 pegawai yang anak masuk darjah satu je, terpaksa hantar untuk bersekolah di Malaysia. Bayangkan perasaan bila berpisah dgn anak, terutama sekali dalam usia 7 tahun. Mujurlah kami tak sempat rasa zaman macam tu. Masa di Vietnam, anak 2 orang, kecil2 lagi
Jika negara yang english speaking, macam UK, USA, Australia, Canada, memang tak ada masaalah, anak2 boleh di hantar ke sekolah local (kira sekolah kebangsaan di situlah). Dan yuran sekolah tak semahal sekolah antarabangsa
Kami mula berpisah dengan anak yang sulung sewaktu nak ke Belgium. Masa tu dia baru nak masuk tingkatan 1. Bayaran untuk sekolah menengah di sekolah antarabangsa adalah berpuluh2 ribu. Untuk kami, yg bertugas dengan kedutaan, sekolah rendah di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tetapi sekolah menengah kerajaan cuma tanggung 1/3 sahaja. Selebihnya bayar sendiri.
Jadi, kalau nak buat call dia guna public telepon. Tiap kali call dia akan menangis, aunty pun akan menangis. Selalunya tengah2 bercakap, memang akan terputus sebab duit syiling dah habis.. so... menangis jelah... memang sedih sangat2. Tiap kali tak puas bercakap dengan dia, mesti rasa nak terbang balek Malaysia masa tu jugak.
Tiap kali dapat bercakap akan pujuk dia, nanti cuti sekolah dia akan datang bercuti ke Brussels. Kira balek kampung kat obersi.. glamour youuuu.. Tapi dah nama berpisah jauhkan, cakap apapun, tak masuk kat otak dia... Mesti akan cerita benda sedih2 je.Tapi syukur jugaklah, dalam sedih2, dapat jugak tamat sampai SPM di situ, dan sambung belajar di UNITEN, grad sebagai electrical electronic engineering. Bila bekerja tak jadi engineer pun. Dia bekerja dari rumah dengan company software yg berpusat di USA. Sekarang dia pulak yg selalu selalu ke luar negara, cuma sekejap2 jelah.
Masa posting di Jeddah, anak kedua, sempat tinggal sekejap, sampai buat PMR dan masuk tingkatan 4 dia buat hal, protes macam2 sebab nak ikut tinggal di Jeddah. Tak sampai setahun duduk di sekolah Teknik, kami tarik dia keluar, sebab pelajaran merosot teruk.. dan sambung bersekolah di Jeddah. Masa ni bayaran yuran sekolah dah mula kurang sikit. Kami cuma byr 15% dari total setiap semester. Selebihnya ditanggung oleh kerajaan. Walaupun 15% tetap mahal juga.. nama pun international school
Dia ambil IGCE dan sambung belajar di UIA, ambil course English Literature. Dan sekarang bekerja sebagai reporter.
Convo anak No,2 |
Yang bongsu, cuma merasa 4 bulan je di sekolah kebangsaan TTDI. Nasib dia memang baik. Start 2010, kami cuma perlu bayar 5% je dari jumlah yuran keseluruhan. So, dia all the way sekolah international. Bila kami ke Bosnia, dia sambung sekolah menengah di Sarajevo dan buat Pra-IB (pra International Baccalaureate), Complete IB di Hong Kong. Dan sambung degree di Universiti of Manchester, UK di bawah tajaan JPA
Nak masuk sekolah di luar negara pun bukanlah satu perkara yang mudah. Mereka perlu menduduki beberapa test juga. Jika lulus baru diterima. Hong Kong paling susah nak dapat masuk International School. Expatriate terlampau ramai di HK, sedangkan sekolah2 tidak mencukupi. Dan untuk masuk sekolah di HK, perlu ada recommendation dari seseorang.
Setiap sekolah yang kami apply untuk anak bongsu, telah penuh dan bukan semua sekolah ada buat IB. Hampir2 putus asa dan plan nak hantar balek sambung di Malaysia dah. Akhirnya dia dapat masuk local school tetapi ada international section, Sekolah ni pada mulanya terkeluar dari senarai kami sebab, nama pun pelik, berbelit lidah nak menyebut, tapi at then end, sekolah ni yang dapat terima anak aunty sambung buat IB di situ. Itupun sebab ada sorang kawan ni yang rekemen masuk kat situ. Dia sorang je melayu di sekolah tu. Tetapi cukup popular dan dilantik jadi Head Boy pada tahun 2012-2013. Nama sekolah tu Kiangsu Chekiang College
Deliver Speech sewaktu dilantik sebagai Head Boy HKKCC |
Convo anak bongsu |
Nota: Tak ada, gambar convo anak sulung, tak tau save kat mana.. huhuhu
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAGⓇ
Alhamdulillah hebat2 anak3 aunty.
ReplyDeleteTahniah aunty zana...teruje masa membaca stiap bait ayat akak...tq share story ni...
ReplyDeleteHebat aunty uncle dan anak²
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Hebat anak aunty.. Yg bongsu kat uni manchester taun bile tu aunty? Suami sy sama uni dgn anak aunty. Hehe
ReplyDelete