Entri ke 20 (cabaran 21 hari, 21 entri)
Dah hampir nak sampai ke penghujung cabaran ni, kita cerita pasal tempat terakhir uncle posting iaitu Hong Kong (2010-2014). Bila dapat tahu akan ditukarkan ke Hong Kong, perasaan tu bercampur-campur.. rasa suka, sebab perjalanan tak berapa jauh, flight hanya 3 jam 45 minit. Rasa takut pun ada sebab Hong Kong pernah di serang wabak SARS (severe acute respiratory syndrome) pada tahun 2002-2003. Tapi dah nama diarahkan bertugas, ikut jelah.
Hong Kong View dari The Peak |
Hong Kong terkenal sebagai pusat perdagangan utama dan pusat kewanangan dunia, dengan kepadatan penduduk yang tinggi dan antara negara yang kos sara hidupnya yang paling tinggi di dunia. Ia terletak di bawah prinsip satu negara dua sistem. Hong Kong pernah dipajakkan kepada Britain selama 99 tahun dan kini Hong Kong menjadi pusat adninistration khusus China setelah tamat pajakan kepada British pada 1 July 1997. Dan Hong Kong akan diambil alih sepenuhnya oleh China pada tahun 2047 nanti.
View dari tingkap rumah |
Kabus tebal waktu musim sejuk |
Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika dengan cuaca yang bebeza-beza dan terdapat musim ribut taufan iaitu antara Mei sampai akhir November. Setiap kali musim taufan, tv dan radio dengan cepat akan keluarkan tanda amaran. Tanda amaran taufan wajib di letakkan di semua tempat, kedai2, sekolah dan rumah2 kediaman. Ada banyak signal yang dikeluarkan.
Jika signal T1, tadika akan di arah tutup, T3, semua sekolah akan tutup, manakala T7 pula semua kedai2, pejabat dan airport diarahkan tutup. Ini bergantung juga waktu taufan terjadi. Jika T7 berlaku tengan malam dan berakhir menjelang pukul 8 pagi, ofis2 tetap dibuka seperti biasa. Signal T7, kenderaan yang ada hanyalah MTR (Tube bawah tanah). Sewaktu aunty berada di Hong Kong, taufan pernah berlaku sehingga T10. Hong Kong juga ada musim sejuk dengan suhu paling rendah adalah 5 Celcius
Hiking di Dragon Back |
Lamma Island- sebuah pulau yang tidak dibernarkan berkereta di situ |
Stanley Market |
Sekalipun negaranya ada musim ribut taufan yang kuat, namun Hong Kong dipenuhi dengan bangunan2 pencakar langit. Mula2 kami tinggal di apartment setinggi 29 tingkat dan kami duduk di tingkat 21. Mula2 duduk rasa gayat, tapi lama2 jadi terbiasa. Sewa rumah setiap tahun akan naik. Macam uncle ada had sewa rumah yang boleh di bayar oleh kerajaan. So, bila tuan rumah naikkan sewa terpaksalah pindah cari rumah lain. Rumah mula2 duduk tingkat 21, rumah kedua tingkat 17 dan rumah ketiga tingkat apartment 72 tingkat, dan kami tinggal di tingkat 38.. View memang kaw2, cantik, mengadap laut.. hari2 duk tgk kapal keluar masuk. Salah satu rumah yang kami duduk, boleh tengok pertunjukan bunga api hanya dari tingkap bilik tidur sahaja. Bunga di mainkan di atas boat, dan cuma ada 2 kali setahun je, malam New Year dan Tahun Baru Cina
Hong Kong Disneyland |
Pengalaman pertama kali menghadapi taufan yang sampai signal T7/T8 memang menakutkan, tapi dah lama2 dah jadi biasa je
Parking adalah satu masalah besar di Hong Kong. Bukan setiap apartment menyediakan parking untuk kereta. Jika adapun, lot parking kena sewa atau untuk rakyat Hong Kong mereka perlu beli lot parking yg mana satu lot parking ada yang mencecah harga 1 juta hong kong dolar (HKD). Keluasan parking pula, muat-muat kereta je, tak ada ruang untuk bukak pintu kereta luas2, sedangkan kereta diorang pula kebanyakannya besar2 belaka. Sewa satu lot parking antara HKD3,500-HKD4,000 (lebih kurang rm1.5k - 1.6k)
Barang-barang makan tiada masalah, sayur2, seafood memang mewah. Tapi mahal. Makanan halal juga mudah di dapati. Cuma tak bestnya pasar bercampur2 dgn yang menjual daging b**i. Ada satu mini market tu, sebelah kanan daging halal, sebelah kiri yg tak halal termasuklah menjual daging 'tu' dan daging buaya.
Terdapat sebuah kantin muslim dalam masjid di Hong Kong Island. Harga so and solah dan makanan boleh tahan sedap. Kalau nak makan dim sum halal dan sedap pun ada di sini.
Orang2 Hong Kong stylish.. Untuk orang yang suka berfesyen, di Hong Kong terdapat berbagai2 jenis jenama dari yang jenama yang memang terkenal hingglah ke ntah apa2 nama jenama.
Orang Hong Kong gila gadget, terutama sekali barangan Apple. Terdapat apple store di Hong Kong. Setiap kali keluaran terbaru Apple, orang dia sanggup beratur dari malam hingga apple store di buka, untuk dapatkan keluaran terbaru Apple. Tak ada sistem trade-in gadget di Hong Kong, tetapi jika barangan apple boleh iklankan untuk jual 2nd hand dan harganya tak lari jauh. Bermula dari HK aunty pula menjadi pengguna tegar iPhone, tapi taklah beratur untuk beli setiap kali model yg baru keluar .. hehehe
Maid di HK adalah orang-orang Indonesia dan Filipina. Majikan wajib bagi pelepasan bercuti setiap hujung minggu. Jadi, setiap hari Ahad, kita akan lihat ramai Indonesia dan Filipina duduk bersantai2 di taman2, di mall2 dan di mana2 saja. Event di IKEA juga diorang akan tidur baring di barangan display di situ. Bilangannya ramai.. Jadi masa berkumpul ni, diorang akan buat macam2 aktiviti, seperti menari, arobik dsbnya. Kalau org2 Indonesa tu, ada yang bermarhaban bagai..
Guard dan buruh2 kasar kebanyakannya orang-orang tempatan
Waktu di HK kami selalu pergi ke Shenzhen. Perjalanan hanyak 1 jam dengan keretapi. Aunty juga sempat ke Macau dan Gungazhou. Hobi kami di waktu di Hong Kong adalah hiking.. memang best sebab dapat tengok keindahan alam yang sungguh cantik
View dari apartment tingkat 38 |
Hong Kong kota moden, jadi bantal ada macam2 jenis. Boleh beli di IKEA dan banyak lagi gedung2 yang besar2..
Okay, kalau ikutkan macam2 nak ceritakan. Esok mungkin boleh sambung sikit lagi untuk hari terakhir cabaran.. bye
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAGⓇ
Satu perkara lupa nak cerita kat atas, aunty mula2 kenal dengan ML Saiful Nizam, waktu dia dan keluarganya dtg berjalan ke HK. Tak pernah berhubung lepas tu, jumpa semula bila isterinya nak join sebagai Reseller
ReplyDeleteXsabar next pulak. Entri. .Syok membaca.. Saya baca semua entri suka penulisan simple n padat
ReplyDelete