Walaupun cabaran 21 hari 21 entri telah pun berakhir semalam, namun nak share sikit2 lagi pengalaman hidup di luar negara.
Setiap kedutaan di luar negara ada yang menempatkan paling sikit 3 orang sahaja. Negara2 Asean selalunya ramai. Selain Kementerian Luar Negara terdapat agensi2 lain juga seperti education, military, custom, trade dan tourism.
Hari2 duduk dalam kelompok yang sama. tulah kawan suami, tulah juga kawan aunty. Jumpa di office, jumpa di rumah juga (kalau yang duduk berdekatn). Pusing2 yang tu jugak. Jadi kalau ada yang bergaduh tu memang lumrahlah.. (tapi bukan ai ya..hehehe)
![]() |
Bosnian di pertunjukan pakaian tradisi Malaysia |
Untuk isteri2 yang mengikuti suami yg bertugas, kami wajib daftar dalam persatuan wanita dipanggil PERWAKILAN (Persatuan Wanita Luar Negara) di bawah naungan Wisma Putra. Tapi bukan semua tempat persatuan ni aktif. Tergantung pada 'chair ladies' nya.
Selalunya aktiviti kami adalah, memasak, makan (ni wajib.. hahaha). Bila Hari Kebangsaan, kamilah yang kena uruskan masak makanan2 Malaysia. Penat, tapi kami di bayar upah, sebab biasanya kedutaan akan sediakan peruntukan untuk satu2 event.
Contoh masa di Jeddah, Bosnia dan Hong Kong, Perwakilan cukup aktif. Kami ada buat jualan bazaar, jamuan raya, sambut hari merdeka, solat jemaah di konsulat.. tu semua ahli Perwakilan yang sediakan makanan. Konsulat cuma order makanan tambahan, biasanya makanan tempatan lah.
Seronoknya sebab dari tak pandai dan tak tau apa2, bila dah duduk merantau, semua jadi pandai. Nak makan masakan melayu kenalah belajar dan buat sendiri. Dari tak pandai masak, boleh masak untuk 100 orang makan. Uncle pula biasanya akan jadi imam terutamanya bila solat terawih.
Tunjuk cara buat roti jala pada orang Bosnia |
![]() |
Malay Wedding at Alumni IIUM, Sarajevo |
![]() |
Persembahan Dikir Barat |
Banyak2 negara aunty pergi, duduk di Bosnia yang paling akrab dengan kawan2. Kami cuma ada 5 keluarga sahaja, tapi keakraban dah macam keluarga sendiri. Setiap minggu pasti ada gathering sesama kami, rotatelah minggu ni rumah siapa, minggu depan rumah siapa. Bulan puasa kitorang solat terawih pun bergilir2. buat rumah ke rumah. Berjalan sama2. Kalau dah duduk berlonggok tu, kadang2 dari pagi sampai ke tengah malam, semua punggung melekat tak nak balek.. hahahaha. Buat apalah agaknya kan? Yg lelaki main carom, pompuan main scrabble dan karaoke. Anak2 dgn game diorang. Tuan rumah masak tak henti2.. huhuhu
![]() |
Bersama crew drama Angin Rindu Sarajevo, shooting di Bosnia |
Waktu di Jeddah juga, Perwakilan ada menganjurkan Malaysian Ladies Nite, tapi ni tak boleh tunjuk gambar2 sebab ianya tertutup dan khusus untuk ladies sahaja. Undang2 Saudi kan tak boleh campur lelaki dan perempuan.
Waktu di Hong Kong, memandangkan semua orang rumah kecik dan sempit, dan keluarga Malaysia di sana pun ramai, jadi kebanyakan aktiviti bersama, seperti majlis buka puasa dan solat terawih di adakan di Konsulat
Itulah dia serba sedikit tentang kehidupan harian sewaktu di luar negara. Okay, bye.
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAGⓇ
Tu yg pandai masak2 tu
ReplyDelete