21 Mac 2019
Entri ke 10 (cabaran 21 hari, 21 entri)
Korang kalau berangan nak keluar negara, mesti nak pergi tempat yang best2kan.. Tetapi untuk yang bertugas dengan kedutaan, jarang sekali dapat membuat pilihan negara mana yang kita nak pergi.. Ke mana di arahkan, ikut jelah..
Negara ketiga kami duduki adalah Tripoli, Libya..(1993-1995). Tetapi kami di sini cuma 1 tahun 4 bulan sahaja. Libya adalah sebuah negara socialist yg terletak di Utara Afrika. Sebelah utaranya bersempadan dgn dengan Laut Maditeranean, Mesir di barat, Sudan di selatan barat, Chad di selatan, Nigeria di selatan timur, Algeria di timur dan Tunisia di utara timur. Libya terletak dalam Gurun Sahara. Mempunyai 4 musim.. dgn musim sejuk yg amat sejuk, tetapi tak salji.. dan musim panas yang melampau dengan sesekali mengalami ribut pasir yang dasyat. Bahasa pertuturan adalah bahasa Arab
Libya waktu itu tidak berperang. Tetapi Amerika mengenakan sekatan udara setelah dua rakyatnya didapati bersalah menembak jatuh kapal terbang Amerika (tak ingat tahun berapa). Disebabkan sekatan udara, airport ditutup, untuk masuk ke Libya hanya melalui dua jalan, jalan darat (melalui Tunisia/Mesir), ataupun jalan laut melalui Malta (12 jam perjalanan dengan ferry). Kami memilih untuk memasuki Libya melalui jalan darat. Transit dahulu di Rom, kemudian baru terbang ke Tunisia. Dari Tunisia, kami akan melalui border darat untuk masuk ke Libya.. perjalanan sekitar 4 jam.
Tiada pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan, yg nampak hanyalah padang pasir kiri dan kanan.. Sesampai di Tripoli, aunty memang hari2 duk menangis, rasa sedih sangat2, dahlah jauh, negara tu pula serbi serbi kekurangan. Walaupun ini kali ketiga kami pergi ke negara susah (hardship post), keadaan di Vietnam dan Iran taklah sesusah di Libya. Sumber air adalah air laut yang di proses tak sampai 50%, jadi bila gosok gigi tu memang rasa air masin. Basuh rambut, rambut jadi keras😑, kulit badan jadi kering bersisik.. untuk elakkan bersisik, setiap kali lepas mandi akan pakai cream seluruh badan.
Dr rumah, kalau nak ke bandar, jalannya (konon2 highwaylah) hanya ada dua sahaja iaitu Khorji dan Gargaresh. Hanya ada satu sahaja supermarket masa tu yang menjual barang2 imported, itupun tak banyak pilihan.. Selepas di kenakan sekatan udara, Libya mengajar rakyatnya berdikari.. buat produk sendiri seperti sabun, syampoo dan byk lagi.. tapi aunty memang tak pernah beli dan gunalah.. Yg bestnya pulak, makanan laut fresh.. Pasarnya betul2 di tepi laut.. tapi sekalipun aunty tak pernah jejak kaki ke pasar.. Uncle cakap kalau aunty pergi nanti aunty muntah,😛
Rumah yang kami duduki jauh dari bandar, terpisah jauh dari kawan2 yang lain.. (macam jauh sangat, walhal 20 min je nak kebandar.. hehe...) Sebab rumah aunty duduk tu berada dalam kawasan pertanian, jadi bekalan air, adalah air tawar dari bawah tanah, so, tak delah air masin macam di rumah orang lain. Pun begitu tak boleh minum direct pun, perlu tapis dan di masak terlebih dulu. Rumah pula besar gile..rumah banglow uuuu.. Tapi kami guna ruang dapo, bilik tv dan bilik tidur je, sebab area tu je yang bila winter ada heater bila summer ada aircond. Bilik2 yang lain berpintu2.. so, tutup jelah, bukak sesekali bila buat makan2.
Orang Libya tak peramah, percakapan kasar, kalau panggil orang sebatu boleh dengar.. Tak pandai tepati janji.. kalau ckp nak datang pagi, tukar ke petang, petang ke esok pula, sudahnya tak datang. Rumah diorang besar-besar. Tapi tak ada apa, dari luar nampak sama je.. Kebanyakan rumah ada setelit yg besar tu, termasuklah rumah kami duduk.. so, dapatlah tgk rancangan2 dari luar.. Bangunan sekolah, tingkap pun banyak rongak, padangpun padang pasir.. Walau bagaimanapun rakyat dia banyak diberi subsidi oleh kerajaan.. dan setiap ibu yang melahirkan anak lelaki, kerajaan dia akan bagi sebidang tanah.
Sungguhpun mundur, terdapat satu bowling alley di Tripoli. Di sebabkan tak ada aktiviti lain, jadi boleh katakan hampir setiap hari kami akan pergi membowling.. Dan yang bestnya dia ada jual cappuccino yang teramatlah sedapnya, yang mana biar pergi tempat lain pun aunty tak jumpa lagi cappuccino yg sesedap macam kat Libya😃
Gerai sayur dan buah-buahan |
Sayur2 dan buah2an tak banyak pilihan.. tapi diorang ada kacang bendi. Pisang import, dari filipina dan rakyat filipina ramai tinggal di Libya bekerja sebagai buruh, kalau tak silap hampir 25 ribu orang pilipinos di Libya. Roti keras kalau baling kat dinding, dinding pun boleh pecah.. ibarat jelah.. hahaha
Gaji di bayar dalam USD. Tetapi kerana Libya dikenakan sekatan antarabangsa, asset di luar negara dibekukan.. so, bank tak ada duitlah.. pernah satu ketika hampir 4 bulan uncle tak ada gaji.. bank pulak buruk sangat2.. tak ada komputer apa semua tu.. transaction tulis dalam buku je.. bila bagi duit main campak macam tu je.. walhal USDolar tu.. huhu. Tukar duit di border.. tapi bukan ada counter ke apa ke, diorang main lambai2 duit kat tepi2 jalan (kira macam lambai bantal DAG tulah..)
Garaj rumah sebesar2nya, kereta satu tu je |
Satu pengalaman yang tak akan aunty lupa adalah bila mana aunty terkandas di Rom. Waktu tu aunty balek bersalin di Malaysia. So, bila dah habis pantang, nak pulang semula ke Libya. Masa ni berdua je dgn baby. Anak no.1 dan no.2 berada di Tripoli dgn uncle, sebab diorang sekolah. Masa dalam flight ke Rom (flight 13 jam), berlaku perselisihan faham antara Libya dan Tunisia. Tunisia ambil tindakan dgn menutup pintu border untuk masuk ke Libya.. Uncle yg sepatutnya tunggu aunty di Tunisia tak dapat nak pergi ke sana. Aunty dapat tahu pun sewaktu nak checkin untuk terbang ke Tunisia. Kaunter bagi tau aunty tak dibernarkan berlepas sebab border tutup..
Zaaappp.. rasa jantung mcm nak gugur masa tu.. mana nak pergi? apa nak buat? kita dahlah dgn baby.. Rupanya diorang kat embassy dah contact orang embassy di Rom. Aunty tak tahu jugak masa tu.. Duduklah kat satu sudut ni, menangis, menangis dan menangis... Tiba2 ada orang tegur, sebut nama aunty.. terkejut jugak, rupanya dia pegawai dari Kedutaan kita di Rom. So, dia bawa aunty balek ke rumah dia. Duduklah di situ sementara tunggu uncle datang ambil.
Uncle pulak nak datang kena naik ferry, 12 jam ke Malta. Pulak masa tu tertangguh disebabkan laut bergelora. Dari Malta kena ambik flight untuk ke Rom. Hari ketiga di rumah pegawai tu, barulah uncle datang.. tapi masa tu sedih jugak, sebab anak2 terpaksa ditinggalkan di Libya. Pegawai tu offer jugak kalau nak berjalan2 di Rom, tapi kami dah tak fikir nak berjalan2 dah sebab mengenangkan anak yang tinggal dengan orang lain tu..
Itulah dia pengalaman yang memang tak boleh dilupakan.. Mujur sekejap je kat sana.. tak banyak gambar kenangan yang ada pun.. Sebagai ganti hati anak2 yg terobek sebab ditinggalkan masa aunty stranded tu, tak lama tu kami bawa diorang makan angin ke Malta, sebuah pulau yang berada di tengah lautan Mediterranian.. cantik dan agak maju sedikit.. orangnya baik2..
Bantal? Tak tahu diorang guna bantal apa. Tetapi di hotel, mereka menggunakan bantal bulu burun....Kellas you, tapi aunty tetap tak suka sebab mencucuk2 kat muka .. hahaha
Okay.. esok kita sambung lagi ya.. cerita yang lain pula
Didepan pintu garaj rumah, sebelah kanan tu adalah sekolah |
Atas ferry nak ke Malta |
Gambar di Malta, totally different dengan Libya |
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAG
Untuk pendaftaran sebagai Dropship & Reseller
Tak sabar baca lg.
ReplyDeleteTungguuu.. hehe
DeleteHahaha tegelak pun ade baca...mcm baca novel cite antu kak..nebes
ReplyDeleteByk lagi nak cite sebenarnya.. hihihi
DeleteBestnye aunty... Xsabar tunggu next.. Minat kita sama. Berjalan.. Haha
ReplyDeleteJom kita buat trip ..
DeleteAkak pg sebagai apa ye?
ReplyDeleteSuami kerja dengan kementerian luar negeri
DeleteBest aunty
ReplyDeleteTq..😍
DeleteBestnya auntie.. Byk btol pengalaman kan..
ReplyDelete