Best ke Eropah tu?

Assalamualaikum
22 Mac 2019
Entry ke 11 (cabaran 21 hari 21 entry)

Mati akal dah, nak cari idea untuk menulis..🤔 tapi bila dah start meleret-leretlah pulakkan..

Okay, setelah 3 kali di hantar ke negara 'hardship post', hujung tahun 1995 (1995-1999), uncle di hantar bertugas di Brussels, Belgium.. Wah!! punyalah seronok bila dapat berita tu.. Pergi Europelah katakan... Tapi memang best pun..

Floral Carpet di Grand Place yang mana akan diadakan
setiap tahun dalam bulan Ogos

Bergambar di depan tram

Belgium adalah sebuah negara di Western Europe yang mana parlimen /hq  European Union (EU) terletak di Brussels. Mempunyai 4 musim. Negara ini mempunyai 2 province iaitu Dutch/Flamish-speaking disebelah utara, French-speaking sebelah selatan . Jika di kawasan Dutch speaking, semua urusan, papan tanda dan sebagainya, adalah dalam bahasa Dutch dan jika di wilayah French semuanya dalam bahasa Perancis. Orang Dutch-speaking lebih ramah daripada French-speaking. Kami tinggal di kawasan Flamish. Ibu negera adalah Brussels. Menurut orang2 Eropah, Brussels adalah kota orang tua. Cosy.. tenang, aman..dan tak kelam kabut. Kedai-kedai, pukul 7 malam semua dah tutup. Yang buka hanyalah restoran dan bar2.

Jika lihat peta Western Europe, Brussels  berada di tengah-tengah yang mana jika nak ke Paris, Amsterdam, Luxemberg, Klon, semua ni makan masa 3 jam perjalanan berkereta. Jadi sewaktu di Belgium hampir seluruh Western Europe kami jelajahi, kecuali Spain je tak sempat sampai, sebab terlalu jauh

Negara serba maju tetapi masih mengekalkan nilai-nilai kehijauan dan hutan simpan yang dijaga dengan baik. Bekalan Airnya bersih tetapi jenis 'hard water' , yang  datangnya dari gunung-gunung yang sama sekali tidak tercemar dengan sebarang pembangunan. Hard water adalah air mineral yang mengandungi kalsium yang tinggi, bersih dan tidak membahayakan kesihatan, tetapi tidak sedap untuk dijadikan minuman. Kalau buat teh, air teh tu lama2 akan jadi lebam dan terdapat macam keladak timbul dibahagian atas air. Jadi untuk air minum kami beli mineral water yang dah diproses.

Kedai-kedai berjenama Mark&Spencer, H&M, IKEA semua dah ada dah waktu tu di Brussels. Cuma saiz baju2 susah nak jumpa saiz kecil.. saiz orang europe memang besar2lah kan... auntykan saiz kecik je. Dobi layan diri tu, dah lama ada di Belgium.

Safe and sound.
Pemandu2nya memandu dengan berhemah.. tenang.. tak serabut.. tidak boleh horn kereta sesuka hati. Tidak boleh tebang pokok sesuka hati juga..boleh kena saman. Tidak boleh buat bising waktu malam dan tidak boleh buat sebarang kerja-kerja construction pada hari ahad.. jiran2 atau sesiapa saja boleh repot kat polis. Dan polis akan datang dan pun boleh disaman.

Makanan halal tiada masalah, terdapat dua pasar yang mana orang algeria menjual ayam dan daging halal. Sungguhpun Belgium ada laut, tetapi ikan2 tidak banyak pilihan.. ikan salmon dan makeral belambak dan murah.. Kalau nak buat laksa, aunty akan gunakan ikan makeral. Udang ada, tapi jenis udang merah, tak sedap dan isinya keras. Ketam tak ada. Jika nak makan ketam kami akan ke Antwerpen (45 minit perjalanan), yang mana ada sebuah Thai Shop yang jual ketam yang dah di bekukan.. Barangan2an kita macam serai, lengkuas, daun kesum semua ada jual di kedai tu.

Jika di Grand Place, (bandar) restoran2 halal senang nak carik. Arab algeria yang berjual di situ.. kebab, burger halal semua ada. Satu tak best bila jalan2 di Belgium adalah bau minyak wangi orang (bau kencing) yg di pancut di merata2 terutama sekali di underground station.

Belgium terkenal dengan lace, halus, cantik tetapi mahal. Karpet Belgium pun cantik2 dan murah. Belgium juga terkenal sebagai 'chocolate heaven'.. Coklat Leonedas adalah Belgium home made. Godiva dan ntah apa2 nama coklat semua ada di Belgium. Uncle pun naik berat badan selama duduk di Brussels. Mana taknya, hari2 duk makan coklat.. aunty coklat2 ni kureng minat.. Kalau lace ke carpet ke ...tu aunty sukalah.. hahahaha

Kalau Sabtu Ahad, terdapat Flea Market (car booth sales). Flea Market banyak jual barang2 antik dan barang-barang pre-love. Aunty suka jugak pergi, tapi bukan cari barang antik, tak minat sangat antik2 ni.. tapi carik french fries dia..kalau time winter sedap makan kentang goreng panas2..

Musim sejuk suhu boleh mencecah ke minus. Jika suhu terlampau sejuk, tasik yang ada di bandar Brussels akan beku. Bestnya bila tasik beku, boleh main luncur ais di tasik beku cuma tak tahan sejuk

Di Brussels jugalah aunty terror main bowling. Kalau orang lain nak menang, kena tunggu aunty tak datang main, baru nama diorang akan naik kat board..😆 cewwah.. hehehe... Hampir setiap hari juga kami dengan geng2 membowling, bayaran taklah murah, tapi sebab tak ada aktiviti lain pun yang nak dibuat, so membowlinglah🤭

Bantal? Rasanya hampir 100% orang eropah memang menggunakan bantal bulu burung.. tetapi kali ni aunty boleh gunakannya sebab tuan rumah dah siapkan pillow protector.. so, barulah rasa best tidur dgn pillow feather.. Walaupun masa tu aunty tak tahu apa itu pillow feather ke .. microfiber ke.. tapi dalam memilih bantal yang nak digunakan, aunty memang agak cerewet. Kalau bantal tak best, tidur memang tak akan selesa. Tapi pillow feather, aunty kena guna dua bantal sebab ia terlampau tenggelam

Okay.. esok kita sambung lagi ya dengan negara2 sekeliling Eropah yang kami jelajahi

Main luncur air atas tasik beku

Autumn in Brussels

Winter in Brussels 

Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAG



Untuk Pendaftaran sebagai Reseller boleh klik

2 comments

  1. Seronok.
    Cantiknya autumn n winter kat sana

    ReplyDelete
  2. Banyak nya negara aunty pergi. Uncle kerja apa sebenarnya. Huhu

    ReplyDelete