16 Mac 2019
Entri ke5 (cabaran 21 hari 21 entri)
| DAS ABDUL GLOBAL HQ |
Okay, kita sambung cerita sebelum ni..
Aunty bukanlah asal orang senang. Waktu kecil sampailah berkahwin aunty dan abg, dibesarkan oleh arwah nenek kerana mak dan ayah bercerai.. (Al-Fatihah untuk arwah nenek aunty) mak ayah bawa haluan masing2 (msk cerita sedihlah pulak..😭) nenek bekerja menoreh getah dan bersawah, waktu kecik2 memang selalu ikut menoreh dan ke sawah
Hidup kami memang susah. Nenek hanya orang kampung biasa2 je. Aunty bersekolah tak tinggi, tak pernah ada bimbingan untuk belajar dari sesiapa jauh sekali untuk pergi tuisyen. So, belajar setakat SPM je. Selepas SPM teringin juga nak sambung belajar, tapi tak ada siapa nak tanggung belajar.. Ada offer jadi nurse tolak pulak, sebab ada sifat penggeli tahap dewa,, hihihi.. Habis SPM masuk kelas typing (so, menaip den mmg expertlah) hahaha.. lepas tu terus bekerja.... Taknaklah cerita panjang pasal zaman dulu2kan.. sedih bila kenangkan
Pendekkan cerita.. Awal tahun 81 berkenalan dgn uncle, 3 bulan kenal, kami bertunang. Sebulan bertunang uncle di tawarkan bekerja dengan kedutaan Malaysia di Vietnam. Selepas 6 bulan dia seorang di sana, dia pulang bercuti dan pada 19 Disember 81, dia kami dinikahkan.
Dari situ bermulalah era kehidupan aunty hidup merantau ke luar negara. Rezeki kan, tak siapa yang tahu. walau tidak belajar tinggi pun, tapi tup2 dapat puas hidup di luar negara. Alhamdulillah..
Jadi walaupun dah puas travel, anak2 dah besar2, kenapa masih nak carik duit dan berniaga lagi?. Salah satu sebabnya adalah aunty ni suka travel dan kaki shopping. Jadi bila ada duit sendiri tu, aunty bebas nak berbelanja, beli apa saja yang berkenan di hati
Sehingga skrg nafsu berbelanja tu masih ada, tapi dah baaanyak berkurangan dah. Sebab anak yang bongsu selalu pesan, ‘ mama nak beli untuk apa?, perlu ke tak? Kalau tak perlu jgn beli’.. hahaha.. Walaupun rasa nak shopping dah kurang, aunty akan tetap teruskan berniaga selagi terdaya, sebab nak gunakan duit tu untuk gandakan bekalan di akhirat pula, iaitu bersedekah
Dengan berniaga aunty ada saving sendiri, walaupun saving dah ada 5 angka, tapi kalau duk diam je, yg ada tupun lama2 akan habiskaan. Lagipun dengan berniaga ni otak kita akan berjalan. Hari-hari duk fikir apa nak buat, mcmana nak habiskan stock bantal2 yang ada. (Tapi untuk selama21 hari ni kene fikir nak menulis tuk entri lah pulak.. hehe) Cuba kalau tak buat sesuatu, yang lebih bermenfaat dan mendatangkan hasil... alamatlah hari2 akan jalankan routine yang sama je
Mungkin ada yang berkata, laa dah tua2 duk rumah jelah, mengaji ke pi masjid ke.. Kenapa? Bila berniaga kita tak boleh mengaji ke? Tak boleh ke masjid ke? Sekarang ni waktu CBS atau COD rata dah masjid kami singgahi untuk solat, malah lebih kerap dapat solat jemaah di masjid2 yg berdekatan dengan tempat CBS
Niat nak berhenti jual bantal memang ada, tapi setiap kali ckp nak berenti, masa tulah order dtg bertubi2.. abih canner.. jadi, selagi terdaya dan selagi ada permintaan, aunty akan jual bantal. Alhamdulillah setakat ni dari mula join sampai skrg permintaan dari customer tetap ada. Pulak sekarang bila ujung minggu je bercbs... dah jadi seronok pula
Okaylah, panjang dah celoteh hari ni... In sha Allah, esok kita sambung pulak cerita pengalaman mula2 menjual bantal. Tapi sebelum tu nak tanya, ada ke yg nak tau negara mana yg aunty dah pergi dan pengalaman2 aunty ketika di luar negara dan bantal apa diorang guna? Kalau nak sila komen kata ‘nak tau’ ya.. 😁😁
| Beginning of DAG 360 |
*Sleep Like A King*
*Ingat DAG, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang*
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAG
#dagsubangjaya
Terbaik aunty zana! Bestnyaa salu travel 🥰
ReplyDeleteBest aunty..samb lg
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Seronok dapat kenal dgn auntie.. Org yg happy go lucky
ReplyDelete