18 Mac 2019
Entry ke 7 (cabaran 21 hari 21 entry)
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu..
ID sewaktu di Vietnam |
Sebelum ni aunty memang tak pernah cerita dengan rakan2 bantal yang aunty pernah merantau di luar negara.. pertama memang tak ada siapa pernah tanya pun dan kedua sebab rasa tak perlu nak cerita, nanti cerita2, orang kata nak menunjuk2 pulak
Tapi di sebabkan kena buat 21 entry dalam masa 21 hari, yang mana menjelang 21 hari tu idea pun dah pupus rasanya.. haha.. So, inilah masa yang sesuai untuk tulis pengalaman sendiri ketika berada di negara orang. Pengalaman yang tidak boleh dijual beli yang mana antaranya boleh menginsafkan kita. Sebelum posting ikut suami, duduk di negara sendiri senang. Maksud senang tu bukanlah kaya raya.. tapi Malaysia ketika itu sudah mula berkembang dan byk pembaharuan. Sekali pergi negara orang, yang jauh terkebelakang dari Malaysia, memang mula2 sampai mintak nak balek je.. 😢
Negara pertama aunty duduki adalah Hanoi, Vietnam (1982 - 1987. Masa tu Vietnam bukan seperti sekarang ni. Vietnam waktu tu adalah sebuah negara yang baru nak bangun semula selepas perang (Amerika-Vietnam War). Serba serbi kekurangan. Keadaan hospital menyedihkan.. ubat-ubatan kurang.. kiranya ianya 10-15 tahun terkebelakang dari Malaysia
Jalan menghubungkan airport ke bandar waktu tu harus lalui satu part yang mana di bawahnya ada sungai yg cukup luas.. (tak ingat apa nama sungai tu) Waktu pertama kali sampai, merasalah naik kereta lalu atas jambatan gantung untuk pergi ke kawasan seberang.. jambatan tu muat2 satu kereta je lalu.. kecut2 perut wei.. Tak lama lepas tu baru ada jambatan konkrit.. dan tahun akhir di sana, dah ada jambatan lain untuk menuju ke airport
Tiada bekalan air bersih, malahan cacing2 keluar bila bukak paip air.. 😢😢 tiada makanan halal, sampaikan uncle pun pandai sembelih ayam waktu tu.. sekarang tak buat dah.. haha. Tapi sayur2an tak banyak beza dari Malaysia. Setiap 2 minggu akan ada orang gilir2 pergi ke Bangkok, Thailand untuk ambil beg diplomatik dan juga buat 'food run'.Segala macam barang makanan akan dikirim pada orang yang bertugas termasuklah beli daging halal di Bangkok. Satu yang best di sana, udang dia fresh.. besar2 dan murah
Pengangkutan utama waktu tu adalah basikal dan motosikal. Kereta cuma ada untuk agency luar sahaja. Penduduk tempatan tidak boleh bergaul dengan orang luar. Kami di letakkan dalam satu kompoun, khas untuk orang luar sahaja. Pekerja tempatan yang bertugas dalam area kompoun perlu ada permit khas untuk masuk. Pergerakan rakyat asing adalah terhad, tak boleh bebas sesuka hati untuk ke sana ke mari..
Pemandangan di luar kawasan pasar Dong Suan |
Bantal? Tak tahulah orang Vietnam guna bantal apa waktu tu, sebab aunty bawak bantal sendiri dari Malaysia. Waktu tu guna bantal Dunloppillow jenis foam.. memang tahan lama, 10 tahun guna pun okay lagi
5 tahun duduk di Vietnam, 5 tahun balek bercuti ke Malaysia.. dan kalau uncle ke Bangkok aunty pasti akan ikut haha. .. tak ada wayang, tak ada tv dsbnya Cukup 5 tahun kami mintak balek
Kalau nak cerita panjang lagi ni.. Tapi cukuplah takat ni aje.. harap tak ada yang bosan membaca entri ni... hehe Esok kita sambung negara kedua pula
*Sleep Like A King*
*Ingat DAGⓇ, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang*
Zana @ Aunty Zana
Premium Reseller DAG
Aunty dok vietnam sy baru lahir.. haha
ReplyDeleteKak nyza lahir saya belum lahir. Hehe
DeleteTu sbb kena panggil kakak.. hehe
DeleteBestnya aunty. Banyak pengalaman
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezekikan..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBestnya pengalaman duduk negara orang.. Nak part 2 aunty!
ReplyDeleteIn shaa Allah, esok
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBestkan d luar
ReplyDelete