19 Mac 2019
Entry ke 8 (cabaran 21 hari 21 entri)
Kita sambung cerita pengalaman duduk di luar negara ya.. entri ni mungkin agak panjang (jgn bosan baca ya), kerana nak cerita pengalaman berada di negara yang sedang berperang
Untuk posting kedua ni, sekali lagi uncle di hantar ke tempat susah (hardship post) iaitu Tehran, Iran
(1988-1991) Iran adalah sebuah negara Islam yang bermazhab Syi'ah (99.4% Islam). Negara kedua terbesar di Timur Tengah dan mempunyai 4 musim.. Bahasa kebangsaan adalah moden Parsi.
Bergambar di depan Makam Ayatullah Khomeini |
2 minggu berada di sana, kami dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat, yang mana pertama kali Iran menghantar missile ke Iran. Walaupun ianya jatuh jauh dari tempat kami tinggal, namun bunyi dan gegaran tetap sampai ke tempat kami. Yang menakutkan bila dua negara ni menggunakan misille adalah, kita tidak boleh agak di mana dia akan jatuh. Namun Alhamdulillah memang tak pernah jatuh di tempat kami. Area kami duduk jauh dari 'down town'. Sasaran negara musuh adalah di tempat yang padat dengan penduduk
Masa tu Allah je yang tahu macamana takutnya. Bayangkan duduk di negara sendiri aman damai, tak pernah terfikir akan berdepan dgn suasana perang. Satu ketika kami di dalam supermaket, tiba2 terdengar bunyi siren, menandakan missile dari Iraq sedang menuju ke Tehran.. Kitorang memang kelam kabut. Tetapi orang dia relax je.. sebab dah biasakan. Perang bermula 22 September 1980, berakhir pada August 1988 dan kami ke sana Feb 88. Jadi masa tu dah tahun ke7 mereka berada dalam suasan perang
Bila siren dah berbunyi akan terdengar bunyi kuat (mcm kapal terbang lalu tu).. masa tu pihak Iran akan balas dengan cuba menembak jatuh missile tersebut tetapi selalunya gagal. Jika malam boleh nampak api tembakan, seakan2 orang main bunga api. Jadi kami yang tak ada experience ni duduk anak beranak kat tepi tingkap, menengok 'bunga api' tu.. hihi. Esoknya uncle pergi office ceritalah dengan member2 opis dia, duk tgk tembak missile tepi tingkap.. Rupanya tak boleh buat mcm tu.. kena avoid dari duduk berdekatan dengan benda2 yang boleh pecah. sebab kalau ia jatuh berdekatan, tingkap2 kaca semua boleh pecah. Sebab itu negara yang berperang atau biasa ada ribut taufan yang kuat, mereka akan pasang tape pada setiap tingkap, supaya jika pecah, kaca tak pecah berderai
Pernah sekali tu, bom jatuh berdekatan dgn kedutaan Indonesia. Biasanya ahli keluarga akan duduk di bahagian bawah tanah. Tetapi disebabkan ada satu tingkap kecil di situ, bila bom jatuh, tingkap tu pecah dan serpihan kaca terkena pada muka salah seorang yang berada di situ.
Disebabkan tiada tanda2 untuk mereka berhenti menghantar missile, jadi pihak Wisma Putra memohon pada kabinet untuk membawa pulang semua keluarga Malaysia yang ada di Tehran... Walaupun hati berat untuk pulang bersama anak2, sbb uncle terpaksa tinggal di sana, namun kami tiada pilihan.. anak2 pun hari2 hidup dalam ketakutan.. nak keluar takut, duduk rumah pun takut. Bila kabinet yang putuskan, tak boleh kata tidak, sebab jika berlaku apa-apa, mereka tak tanggung dah..
6 bulan aunty duduk di Malaysia dgn anak2. Lagi sedih, sebab pisah lama dengan suami.. Walaupun masa tu perang dah pun berhenti, mereka dah umumkan gencatan senjata, tetapi terpaksa pulak tunggu keputusan kebinet lagi sekali, untuk membenarkan keluarga join semula. Kabinet nak pastikan yang negara tu betul2 selamat untuk kami balek ke sana semula.
Selain pengalaman perang, agak seronok jugaklah duduk di Iran. Orang dia berbahasa lemah lembut, setiap kali berjumpa akan bagi salam dan tanya kabar kita, kabar suami, kabar anak2..jumpa pagi tanya, jumpa petang pun tanya lagi.. memang cultural diorang macam tu, 15 minit akan habis untuk tanya kabar je... Aunty tinggal di kawasan elite, jalannya curam dan berbukit-bukit. Waktu ada snow mesti pasang snow chain, kalau tidak alamat kereta takkan boleh bergerak. Bahasa dia mudah difahami, sempat jugaklah belajar bahasa Parsi. Negara cantik dan kaya dengan struktur bangunan2 yang dibina dengan seni bina yang halus dan cantik.
Orang perempuan jika keluar dari rumah wajib bertudung dan sarung jubah@abaya. Lelaki perempuan tidak boleh berpeleseran di luar. Pazda (polis revolusi) ada merata2.. silap je akan di cekup. Bekalan air bersih, fresh dari gunung, yang mana bila snow mencair dia akan terus masuk ke tempat tadahan air.. snow di puncak gunung waktu tu 3-4 bulan je tak ada. Tetapi airnya tak boleh minum direct sebab ianya jenis 'hard water', air yang penuh dengan mineral tanpa sebarang tapisan. Jadi perlu di tapis atau di masak terlebih dahulu
Selama di sana aunty cuma sempat pergi ke Isfahan sahaja. Ada satu ketika dah beli tiket nak ke Tabriz, tapi terpaksa batalkan sebab ayahanda uncle meninggal dunia. Sama seperti di Vietnam juga, tiada wayang, TV program pun, program dia je.. Tidak boleh bergambar sesuka hati juga.. Jadi negara2 macam ni kenangan bergambar tu memang kurang. Dulu mana ada internet semua ni, jadi kalau berjalan, dptkan info dari tuan rumah dulu selebihnya kami main redah je
Ni di Isfahan, tapi tak ingat apa nama bangunan ni |
![]() |
![]() |
Anak No.2, bergambar di Khaju Bridge, Isfahan, Iran |
Makanan, boleh telan.. mereka ada berbagai2 jenis nasi (dipanggil polo). Tapi ada sejenis ni yang aunty cukup suka disebut Lubia Polo, di masak dangan tomato paste, daging dan kacang buncis. Juga ada satu jenis lauk dia yang sampai sekarang anak2 aunty suka makan. Tak tau apa nama, kami just bagi nama lauk ayam Iran. Iran terkenal dengan kacang pistachio. Murah dan sedap. Sayur2 kita macam serai, lengkuas semua tu langsung tak ada. Jadi semua bawak dari Malaysia dan simpan dalam freezer.
Bantal? Macama biasa aunty akan bawak bantal sendiri dari Malaysia. Tapi sebelum barang2 yang dihantar melalui kapal laut sampai, terpaksa guna bantal yang sedia ada dulu. Diorang guna bantal bulu burung... masa tu manalah tau pasal bantal feather semua ni.. rasa tak best sangat2, sebab bila tidur tangkai (tak tau nak sebut apa) bulu tu, terkeluar2 dan mencucuk2 kemuka.. So, kiranya dari tahun 80ah lagi, dah pernah guna bantal jenis feather ni.. hehe.
3 tahun lebih di Iran, memang baanyak sangat pengalaman, tapi kalau nak kongsi semua memang sampai esok cerita takkan habis..
![]() |
Belanja gambar anak2, main snow depan rumah |
*Sleep Like A King*
*Ingat DAGⓇ, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang*
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAG
Seronok baca kisah aunty
ReplyDeleteSyukur, tak bosan baca.. hehe
DeleteNext tak sabar negara mana pula. Ptut aunty up to date. Lama dok tmpt org..
ReplyDeleteTungguu.. esok aunty share lagi
DeleteNext cpt2
ReplyDelete