PENGALAMAN BERCBS (CAR BOOT SALES)

Assalamualaikum
13 Mac 2019
Hari kedua cabaran 21 hari 21 entri

Car Boot Sales (CBS) adalah trend terkini bagi usahawan DAG menjual bantal masing-masing
Merata-rata sekarang usahawan DAG berCBS. Dan trend ini amat memberi kesan yang positif
kepada sales usahawan DAG.

Sebelum ni aunty hanya menjual bantal secara online. kalau ada offline pun dengan sedara mara dan rakan2 je. Aunty bermula dengan create page untuk bantal dan kerana adanya page inilah boss dan lady boss mula mengenali aunty, kerana pada masa tu tak ada orang lain pun yang publishkan page diorang macam yang aunty buat.. Tapi sekarang ni ramai yang power-power dah siap ada blog lagi.. hehe
Customer waktu mula2 cbs
di seksyen 7 Shah Alam


Tetapi memandangkan semakin ramai reseller yang buat offline secara bercbs, so, aunty fikir kenapa tak cuba? Mula-mula sekali bercbs adalah di MAEPS sewaktu ada pameran MAHA iaitu pada 26 Nov 2018. Masa ni tak rasa gemuruh dan malu sangat sebab ramai yang join waktu tu.. kiranya kami berderet-deretlah menjual bantal di luar pintu masuk utama MAEPS. Waktu ni sales untuk diri sendiri tidak begitu memberansangkan.. Cuba 3 hari je, masuk hari ke 4, givup dah.. dahlah fikir jauh, sales pulak sendu.

Selepas pada tu teringin nak buat lagi.. banyak kali jugaklah sumbat bantal dlm kereta round sorang2, carik tempat. Dah dapat tempat, tak bukak jugak. Memang kekuatan untuk bukak sorang2 tu tak ada langsung pada masa tu.. macam-macam suara biawak ada dalam kepala.. dan yang utamanya takutkan keselamatan diri sendiri..

Sehinggalah pada 8 Disember 2018, mencuba bercbs ditemankan oleh suami.. kami buka di seksyen 7. Hari pertama dapat jual 4 H Classic dan 1 Pro dan hari kedua 9 H Class. Kami bukak cuma 2 jam sahaja. Dari situlah semangat nak bercbs tu bermula. Tetapi, masa mula2 nak bukak tu, memang tak tipulah, malunya, Allah je yang tahu. Cuma rasa kurang malu tu sebab uncle ada sama.

Sekarang ni routine hujung minggu adalah cbs tambah pula sabtu dan ahad baru ni dah kira dapat port sendiri, iaitu di depan MSU College Sek 11 Shah Alam. Alhamdulillah sales kat sini boleh tahan bagus.. Sebelum ni kami bukak merata, dan pernah orang tunjuk muka jugak kat aunty sebab tu tempat dia katanya.. (dah tulis nama atas batu kot..😄) Masa di Seksyen 7, depan restoran Ana Ikan Bakar tu sales boleh tahanlah, tapi flow customer tak berapa bagus. Tu yang duk berpindah randah

CBS depan sekolah agama berasrama
di Seksyen 18 Shah Alam. Masa ni
dapat jual 17 PHD, & H Class, 1 Pro

CBS cuma 2 jam depan sekolah agama
berasrama Seksyen 18


Nak cerita jugak ni, waktu cbs ahad lepas, masa tu dah terjual 7 biji Pro. Waktu ni baru bukak dalam 1 setengah jam. tetiba ada sebuah kereta Suzuki warna putih berhenti tak jauh dari depan kereta kami. Ingatkan dia nak beli bantal. Tunggu jugak dia turun tapi tak turun. Tiba-tiba nampak jelas si lelaki tengah memukul yg perempuan dia ( tak taulah gf ke bini ke). Memang nampak jelas diorang bergaduh dalam kereta tu. Uncle masa tu terlelap kat kerusi belakang.

Yang aunty dah cuak, kejap2 duk perhati kat kereta diorang. Rasa hati nak pergi sergah je. Tapi kena fikir jugak, kot nanti tak pasal-pasal kita lak yang kena.  Kejutkan uncle, bagitau dia, orang kereta depan tu bergaduh dalam kereta.. uncle cakap jangan tengok. Biarkan jelah. Tiba-tiba yg lelaki tu keluar. Memang mujur tak pergi, lelaki India dengan badan besar tegap (mcm badan bos Das Abdul). Dia kunci makwe tu dalam kereta, hp dan handbag dia bawak keluar juga. Macam nak blah, tapi lepas tu datang balek kat kereta tu.. tak lama tu cakap jerit-jerit.. dan dia masuk kereta semula dan memukul perempuan tu lagi

Aunty pun apa lagi, jadi kecut perutlah pulak. Terus cakap dengan uncle 'kita tutup jelah, jomlah kita balek. Takut apa2 jadi, dah nak kena jadi saksi pulak.' Hati tu kesian, sbb yang kena pukul perempuan, macam  terasa-rasa badan sendiri kena pukul.. apalah daya seorang perempuan dengan lelaki yang badan besar macam tu. Realitynya, dalam zaman ini, walaupun kita simpati, tapi kita pun tak boleh buat apa-apa untuk bantu. Silap-silap nanti kita pula yang jadi mangsa. Cuma pada aunty lelaki yang naikkan tangan pada seorang wanita adalah sorang lelaki yang lemah dan dayus sebenarnya!

Okay keluar topik lah pulak sekejap.. haha.Seronok sebenarnya bercbs, customer pun seronok jugak sebab dapat rasa dengan sendiri bantal mana satu yang best. Cuma yang tak tahan tu berjemur.. sun burn dah ni woooo.. haha.. apa2 pun aunty bercbs hujung minggu je, paling tinggi 3 jam. Walaupun tak lama, tapi hasilnya tetap memuaskan. Jadi kepada yang belum berani nak bercbs tu, cubalah, nanti pasti awak akan jadi ketagih

*Sleep Like A King*
*Ingat DAGⓇ, Ingat Bantal Hotel 7 Bintang*

Customer ni mula-mula beli 4 Pro, lama
suami isteri ni duk berkira2 kat kereta
tu, sudahnya tambah lagi sebiji


CBS depan MSU College




6 comments

  1. Seronok baca. Mcm nk seram dah..ape jd kt pompuan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah, masa kami pass by kereta dia nmpk pompuan tu terperosok kat tepi tingkap

      Delete
  2. Xpsl2 die masuk dlm cite aunty..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terbaik kak zana..xsabar nak baca ending dia..neves plak bila baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kami yg tgk lagi nebes.. lagi2 masa lelaki tu keluar kete

      Delete