Jauh Berjalan, Luas Pemandangan - Part 1

24 Mac 2019
Entri ke 14 (cabaran 21 hari 21 entri)

Salam sejahtera

Peluang tidak datang selalu. Jadi memandangkan sudah tinggal di Belgium, kami mengambil peluang untuk berjalan-jalan menjelajahi bumi Eropah Barat ini. Semua negara kami pergi hanya dengan berkereta sahaja. Mudah sebenarnya memandu di sana, sign2 jalan semua jelas. Cuma pada waktu itu mana ada internet dan GPS semua ni.. Jadi kami berjalan berpandukan peta.. cuma masalahnya bila dah tersalah jalan, kenalah bukak sebesar2 peta tu dan perhatikan dengan teliti. Bukan satu peta je kena ada, tetapi bawak peta untuk setiap negara yang nak dituju tu..

Map besar, yg bertanda marker merah
adalah tempat2 yang
dah dijelajahi di Eropah Barat

Seminggu sebelum pergi dah study dulu peta2 tu, tengok jalan mana perlu lalu dan kena catit kod highway mana yang perlu di ikut. Terbabas je memang masalah.. Trip pertama pada April 1996, ke Bonn, Germany. (masa ni Bonn adalah ibu negera Germany sebelum berpindah ke Berlin). Dari Bonn kami ke Luxemburg.

Klon, Germany



Luxemburg

Trip kedua adalah pada November 1996, Mula2 ke Switzerland, Italy- Pisa, Milan, Firenzi, kemudian menyusur tepi pantai Italy menuju ke Monaco dan masuk ke France sebelum berpatah balek ke Brussels. Masa tu musim sejuk. Rugi sebenarnya berjalan musim sejuk kerana waktu siangnya pendek. Jam 4.50 dah mula gelap. Dan terpaksa bawak bekalan baju tebal, yg ni je dah makan ruang beg baju.Tetapi disebabkan plan untuk bercuti cuma bila anak yang sulung (bersekolah di Malaysia) datang bercuti ke Brussels, so, winter pun winterlah..

Perjalanan dari Brussels ke Geneva sepatutnya 7-8 jam sahaja, tetapi telah tersilap ambil jalan.  Masa tu aunty yang drive, dah lah gelap snow tengah turun lebat pulak. Jalan makin lama makin mendaki dan snow semakin lebat dan tebal. Semua orang dah senyap je.. ketakutan.. hahaha.. sampai border kami bertanyakan pada immigration officer dan tunjuk map, di mana kami berada. Rupanya kami masuk jalan nak pergi ke tempat main ski (tak ingat dah nama tempat tu) Tapi mujurlah dari situ dah tak jauh nak sampai ke Geneva, patut2 sampai pukul 7 malam, jadi pukul 11.30 malam baru tiba. Di Geneva kami menumpang di rumah kawan uncle


Bergambar sebelum memasuki tunnel yang
menghubungkan Switzeland dan Italy

Switzeland adalah negara yang bergunung ganang, juga terletak di pergunungan Alp. Pemandangan sungguh cantik tetapi adalah negara yang biaya hidupnya paling mahal di dunia.  Kami semalaman sahaja di  Geneva. Esoknya berjalan di bandar Geneva kemudian teruskan perjalanan ke Italy melalui tunnel yang panjangnya 25 km. Singgah sekejap di Milan, dan bermalam di Pisa. Esok tu bergerak menyusur tepi laut Italy menuju ke Monaco. Monaco tersangatlah cantik, kecik je negara dia, berbukit-bukit dan bersih. Dari Monaco kami masuk ke Perancis, singgah di Marseille dan Lyon.

Menara condong Pisa. 

Plan asal akan singgah di Paris, tetapi sekali lagi kami menghadapi masalah, yang mana masa masuk Perancis, diorang tengah mogok (tak ingat mogok apa).  Mula tu tak tahu jugak, tapi macam pelik sebab highway kosong je, ada satu dua kereta je atas jln raya termasuk kereta kami. Masa tu petrol pulak dah hampir. Semua petrol pump di tepi highway, tutup. Jadi kami terpaksa ambil jalan dalam untuk mencari petrol pump yang bukak. Bukan ada GPS punkan masa tu.. berdebar2 juga semasa mencari station minyak.. Sebaik ada, main isi jelah, ntah apa jenama petrol.. pulak tu ada limit untuk satu kereta. Tapi cukuplah menjelang masuk semula ke Belgium.
Kami cuma menyusur bandar Paris sahaja sebelum teruskan perjalanan ke Brussels.. Perjalanan dari Paris ke Brussels hanya 3 jam sahaja.


Muzium di Monaco
Monaco

Satu yang tak bestnya jalan dengan kereta ni, walaupun ada border dan immigration, tetapi disebabkan kami ada ID Belgium, so, diorang tak akan cop passport. Jadi untuk dapatkan cop tu kena mintak, cakap kat diorang, tunjuk passport dan ckp  'souvenir'.. barulah diorang nak cop. Dan ada jugak immigration buat tak paham je..


Bersambung....



Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAGⓇ



Untuk Pendaftaran Dropship & Reseller sila klik









4 comments