Entry ke 18 (cabaran 21 hari, 21 entri)
Assalamualaikum
Selepas tamat tempuh di Jeddah, kami pulang duduk di Malaysia hampir 4 tahun, sebelum ditukarkan ke Bosnia. Ini adalah tempoh paling lama duduk di Malaysia selepas aunty berkahwin dengan uncle dan mengikuti dia bertugas di luar negara. Kami tinggal di bosnia, 2 tahun lebih sahaja, (April 2008 - Sept 2010)
![]() |
| Srajevo city centre |
![]() |
| Menurut orang Bosnia, jika minum air masjid ni akan datang semula ke Sarajevo (wallahua'lam) |
Bosnia Herzegovina - sebuah negara Balkan yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Sangat cantik... Bentuk muka buminya berbukit2 dan bergunung ganang. Terdapat 4 musim dengan musim sejuknya suhu boleh mencecah ke minus 10. Bekalan airnya sungguh bersih, sehinggakan di restoran2 jika kita minta air kosong diorang akan serve air paip je.
![]() |
| Sarajevo city centre |
Makanan halal senang didapati. Makanan ruji mereka adalah roti. Jika anda melawat Bosnia, korang pasti akan di bawa makan ke restoran yang menghidakan chevapi, macam daging sausage, di bakar dan dibubuh dalam roti pita, makan bersama bawang mentah, dan juga burek (macam mertabak). Burek ni aunty suka, memang sedap tapi kena makan panas2.. one thing makanan diorang selalunya masin2. Kalau manisan pulak terlalu manis, contohnya baklava
![]() |
| Salah satu makanan Bosnia - Burek |
Semasa aunty di sana, ada sesetengah bangunan kesan terkena peluru masih dibiarkan kekal. Bandar dia kecik je. Boleh berjalan kaki untuk pusing satu bandar. Sayur2 dan buah2 fresh.. Beras yang ada jual adalah beras amerika (bulat2, pendek). Jadi beras wajib bawak dari Malaysia. Ikan tak banyak pilihan, ikan 'trout' banyaklah. Diorang biasa bakar je ikan ni. Tak ada cili sos, jadi kalau kami makan di restoran, bawak cili sos dari rumah, barulah sedap makan. hehe
| Bangunan di belakang tu adalah 'bunker' yang di gunakan sewaktu perang. Yang berlubang-lubang itu adalah kesan tembakan peluru |
Bosnia ada laut sekangkang kera je, iaitu di Neum. Jarak dari Sarajevo adalah 119 km
Cuaca di Bosnia jika musim panas, taklah terlalu panas, tetapi bandarnya bila musim panas, berjerebu kerana bandar Sarajevo terkepung dikelilingi bukit2.. Musim sejuk memang bestlah sebab snow tebal dan boleh main luncur salji, tanpa perlu ke gunung.. main kat jalan raya yg tak ada kereta lalu atau di rumah pegawai di sana yang berkawasan luas dan berbukit.
| Depan apartment kami tinggal |
| Heavy snow- kena buang snow atas kereta dan bersihkan jalan untuk keluar |
| Sliding atas snow |
Bosnia bersempadan dengan Serbia, Croatia dan Montenegro. Tiada highway untuk menuju ke sempadan. Jalan yang sempit berliku-liku dan tiada penghadang jalan di tepi jalan. Jika malam tak ada lampu di tepi jalan. Kalau drive tu memang kena hati2 terutama jika ada snow.. Orang Bosnia terlalu cintakan alam semulajadi sehinggakan plan nak buat highway pun tertangguh lama disebabkan orang dia enggan serahkan tanah untuk dibuat highway. Parking kereta atas rumput pun tak boleh. Mereka akan marah dan suruh alihkan kereta.
Kalau anda ke Bosnia, tempat wajib akan di bawa adalah ke Mostar. Satu2nya pekan yang hampir musnah sewaktu zaman perang. Dan untuk penggemar kambing, akan di bawa singgah makan kambing bakar sewaktu perjalanan balek dari Mostar. Ai tak makan kambing taw.. hehe
![]() |
| Mostar |
| Mostar- jambatan di belakang tu di bina semula setelah hancur runtuh semasa perang |
Peluang tidak datang selalu, Jadi masa di Bosnia, kami berkesempatan berjalan sekali lagi ke Hungary, Austria dan Czech, dan pertama kali ke Croatia. Croatia juga cantik, dan kami sempat pergi ke Dubrovnik (tempat shooting filem james bond) dan juga Plitvicka Jezera National Park. Plitvicka jezera diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu Warisan Dunia.
Masa ni dah mula ada GPS, dan hotel pun dah boleh booking online. So, senang sikitlah nak berjalan, tak adalah kena buka peta besar2.
Nak jadi cerita sewaktu di Czech, kami hampir2 kena tipu. Hotel booking online, sampai sana, gps arahkan ke jalan gelap dan terpencil. Rasa pelik sbb tak ada satu bangunan yang cerah berlampu di kawasan tu. 3 kali round, gps tetap tunjuk jalan yg sama. Bila hubungi orang tu, dia marah2 sebab katanya kami dah lewat. Tetapi bila sampai situ, keluarlah dua orang, sorang lelaki dan sorang pompuan, dari salah satu bangunan yang gelap2 tu. Dia beritahu yang kami perlu checkin dan kereta nanti diorang akan park kan di satu tempat lain. Kami dah mula cuak. Tiba2 ada sorang lelaki mat saleh lalu, anak aunty tegur dan dia bagitahu anak aunty, dia dah lama duduk situ, dan setahu dia tak ada hotel di kawawan tu. Bila nampak anak aunty berbual dgn mat saleh tu, orang dua orang tu dah mula nampak resah.. dan dia dah mula nak marah2 pada kami. Sudahnya kami buat keputusan untuk pergi dari situ. Mungkin sebab dah ada orang nampak, jadi diorang lepaskan je kami pergi. So, melilaulah mencari hotel sekitar Prague. Mujur ada gps, tetapi sebab hari dah gelap, jadi agak sukar juga nak memerhatikan nama2 jalan
Untuk info, negara2 Eastern Europe terkenal dengan kes curi kereta.. Jadi, kes kami ni mungkin diorang dah plan nak curi kereta kitorang. Mujurlah kami cepat buat keputusan tak nak stay kat tempat horror tu.
![]() |
| Dubrovnik- Croatia |
| Plitvitka Jezera _Croatia, kami berjalan hampir 3 jam, lalu kat bawah yang nmpk sayup tu untuk sampai ke atas ni |
| Plivitka Jezera National Park Croatia |
![]() |
| Fisherman's Bastion - Hungary |
Okaylah, panjang sikitkan entri kali ni.. harap korang tak bosan nak baca..
next ... akan bersambung...
Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAGⓇ







Orang bosnia cun cun..hihi
ReplyDeleteaaha.. lawa2 dan hensem2.. hihi
DeleteJambatan tu musnah mase perang.. Dan di bina semula. .Sumber travelog.. Hehe. .Teringin juga smpai kat sini. .Cantik dan tenang je tgok tempat nye
ReplyDeletePergilah.. aunty boleh contactkan kawan di sana. Best pergi sana, nak makan pun senang
Delete