Nikmat Terindah, Yang Tak Pernah Terduga

27 Mac
Entri ke 16 (Cabaran 21 hari 21 entri)

Assalamualaikum.

Sewaktu uncle ditawarkan untuk bertugas di Jeddah, Saudi Arabia, 1st yang terbayang adalah Mekah dan Madinah. Betapa rasa syukur yang teramat sangat. Salah satu nikmat yang terindah yang telah Allah berikan pada kami sekeluarga. Alhamdulillah..

Saudi Arabia- tak ceritapun, rasanya semua orang tahu yang Saudi Arabia adalah sebuah negara padang pasir dengan cuaca panasnya. Sebenarnya Saudi juga mempunyai musim panas dan sejuk.. kira macam dua musim jelah.. sebab spring dan autumn di sana sama je.. kecuali musim sejuk, agak sejuk jugaklah terutama sekali jika berangin

Depan Masjid Terapung, Jeddah

Saudi adalah satu2nya negara yang melarang orang perempuan memandu kereta. (sekarang dah dibenarkan) Jika keluar berjalan pun tidak boleh bersendirian. Bahaya. Di Jeddah, kami tinggal dalam satu kawasan berkawal dan bertembok tinggi, khas untuk orang luar. Dalam kawasan ni ada macam-macam kemudahan.. swimming pool, bas service untuk hantar anak sekolah dan juga untuk orang pompuan yang nak ke bandar. Sesetengah kompoun ada mini market dan bowling alley.

Air di Jeddah, diproses menggunakan air laut. Tiada sistem saluran paip air ke rumah. Air akan di hantar dengan lori dan di masukkan ke dalam tangki besar bawah tanah, (seluruh saudi mcm ni, termasuk Mekah dan Madinah) Pernah satu ketika pemandu2 lori buat mogok. Jadi tak berairlah rumah. Air yang masuk tangki khas untuk cuci2 sahaja, jika nak minum beli air lain pula atau beli air mineral. Tapi kami minum air zam-zam je, yang mana setiap kali ke Mekah, akan bawak balek bertong2. Tetapi air zam-zam tidak boleh di masak. Kelebihan dan rasanya akan hilang.

Jarak antara Jeddah dan Mekah adalah 40km, 45 minit perjalan berkereta. Sementara untuk ke Madinah pula 4 jam perjalanan berkereta. Cuti mingguan adalah Jumaat Sabtu. Dan waktu bekerja dari 8.30-2.30 (tiada lunch break). Jika bulan puasa 9.00-2.00. Jadi kebiasaaanya hari Jumaat, jika tiada program di Consulate, kami memang akan berada di Mekah, sama ada buat umrah atau ikut uncle solat Jumaat di Mekah.

Pertama kali jejak kaki di Mekah, memang tak boleh nak gambarkan perasaan tu.. Rasa syukur sangat2, dapat buat umrah dalam usia muda. Memang betul orang kata, walau sesusah mana ketika buat umrah tu, tapi hati tak pernah puas, mesti nak pergi lagi dan lagi. Alhamdulillah selama 3 tahun di Jeddah, kami dapat buat umrah berkali-kali dan haji 2 kali

Arafah 2002

Arafah

Suasana dalam kemah di Arafah

Dalam bulan puasa pula, setiap minggu kami akan berbuka dan berterawih di Mekah, selesai terawih terus sambung buat umrah, dan pulang ke Jeddah, malam tu juga. Madinah pula, taklah dapat pergi selalu sebab boleh tahan jauh. Masa tu bukannya ada highway cantik pun. Kalau musim sejuk oklah, tak rasa penat driving. Tapi kalau musim panas, memang mencabar, sebab uncle sorang je yang boleh drive. Bukan boleh ganti2 bawak kereta. Perjalanan pulak tengok padang pasir je. Kalau ada kedai2 untuk singgah bestlah jugak.. Ni nak singgah toilet pun ngeri... huhuhu

Dulu, tidak dibenarkan sama sekali bergambar di dalam kawasan Masjidil Haram dan juga Masjid Nabawi. Kalau polis dia nampak, mereka akan rampas filem dalam kamera tu.. silap2 kamera pun dia ambik sekali. Dan masa aunty di sana, dah dekat2 nak balek baru ada digital camera dan digital handphone. Itupun security akan pastikan tak ada digital handphone yang dibawa masuk ke Masjidil Haram. Jadi kami memang tak pernah ada gambar di depan Ka'abah dan Masjid Nabawi. 

Orang melayu kita ramai yang telah menetap dan beranak berpinak di Saudi, Mekah dan Madinah. Jika ada acara di Konsulat, mereka ni akan di undang. Dan memang ramai yang datang, sebab diorang rindukan masakan Malaysia.

Orang negara beriklim panas ni, darah mereka pun panas juga agaknya, Mereka ni kasar, mudah marah dan tak pandai bertolak ansur. Kena banyak istighfar dengan perangai diorang dia.

Bekalan makanan tak ada masalah di Jeddah, malah ada kedai asia yang menjual barang seperti serai, daun pandan dan lain2.. Sewaktu kami di sana, hampir semua sektor pekerjaan di monopoli oleh orang lelaki.. Perempuan diakan tak boleh keluar sewenang2nya. Ramai pekerja asing di Saudi, terutamanya pembantu rumah dan juga jururawat. Tahun2 akhir di sana, barulah mereka mula mengambil  wanita bekerja seperti di kaunter hospital. Dan dengarnya sekarang Saudi sedang mempergiatkan 'Saudi nationalization scheme'.  Perlahan-lahan Saudi mula mengurangkan pengambilan pekerja asing.

Bantal? Tak tahu diorang guna bantal apa, rasanya bantal diperbuat dari sponge kot. Aunty memang bawak bantal sendiri. Walaupun aunty memang cerewet pasal bantal, tapi tak terfikir pula untuk ambik tahu diorang guna bantal apa... hihihi

Di kawasan Jabal Rahmah
Walaupun dah pernah berkali-kali ke Mekah, namun jika di izinkan Allah, ingin pergi lagi ke sana.. mudah2an ada rezeki untuk sampai ke sana lagi.. aamiin



Zana@Aunty Zana
Premium Reseller DAG











1 comment

  1. Alhamdulillah.. Syok nye ..Doakan saya smpai ke sana utk. Umrah dan haji

    ReplyDelete